Monday, February 8, 2010

Seminar Keusahawanan: Meningkatkan Potensi Keusahawanan

5 March hingga 7 March bertempat di Beringgis Resort, satu seminar keusahawanan yang lebih dikenali sebagai Latihan Keusahawanan Siswa telah berlangsung denagn jayanya. Seminar ini dihadiri seramai 37 orang siswa dan siswi dari pelbagai latar belakang pengajian yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Seminar ini telah dianjurkan oleh Unit Keusahawanan HEP UMS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan UMS.

Seminar ini telah diisi dengan 4 daripada 7 modul yang telah di garis kan oleh kementerian. secara umumnya, peserta didedahkan denagn konsep asas keusahawanan, menilai potensi pada diri, motivasi keusahawanan dan pendedahan mengenai penyediaan rancangan perniagaan.

Secara umumnya, seminar ini mendapat respon yang positif dan para peserta bersedia untuk meneruskan seminar siri yang kedua untuk menghabiskan modul 5 hingga modul 7. antara penceramah yang turut hadir untuk menjayakan seminar ini ialah, Pn Merlyn Rita Buncha, Pn. Suraya Nasip, Pn. Ramraini, Pn salmah Topimin dan Dr. Mat Salleh Hj Ayub.

Kejayaan seminar ini juga ditunjangi oleh Cik. Nelly Anjum dan Pn Rohani Haidi selaku pegawai Hal Ehwal Pelajar yang ditugaskan.

Diharapkan program sebegini terus mendapat perhatian dari semua pihak sama ada pelajar, pensyarah mahu pun pihak pentadbir UMS. usaha sedemikian rupa dapat membatu paar graduan untuk menempuh masa depan meraka dengan lebih mudah dengan adanya pengetahuan asas tentang keusahawanan. memandangkan kadar pengangguran yang pernah dilaporkan mencecah 300 000 000 orang. seminar sebegini mampu memberi sedikit sinar kepada graduan untuk memilih kerjaya keusahawan sebagai kerjaya mereka .

1 comment:

  1. wooo.. ptt la. lama sy tunggu tnc.. di p rasmi korg punya seminar upanya

    ReplyDelete