27 Mei yang lalu, SK. Moyog menganjurkan Majlis Hari Guru & Pesta Kaamatan 2011 buat julung-julung kalinya. Seawal jam 7.20 pagi semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah dengan berpakaian sukan. walau bagaimanapun ada diantara guru yang memakai baju tradisi.
Aktiviti untuk sebelah pagi ialah pertandingan sukan tradisi. Antara permainan yang diada pada hari tersebut ialah Terumpak Kelapa, Lari dalam karung, Melastik dan Bowling Kelapa. Semua acara tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada guru dan murid.
Selepas acara luar, sekitar jam 10.30 pagi semua murid dan guru berkumpul dalam dewan serbaguna untuk aktiviti dalam dewan. Antara pengisian pada sesi tersebut ialah upacara perasmian, persembahan lagu kaamatan dari murid dan persembahan lagu dari guru. acara kemuncak ialah penyampaian hadiah untuk acara luar. majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.







Diharapkan program sebegini terus mendapat perhatian dari semua pihak sama ada pelajar, pensyarah mahu pun pihak pentadbir UMS. usaha sedemikian rupa dapat membatu paar graduan untuk menempuh masa depan meraka dengan lebih mudah dengan adanya pengetahuan asas tentang keusahawanan. memandangkan kadar pengangguran yang pernah dilaporkan mencecah 300 000 000 orang. seminar sebegini mampu memberi sedikit sinar kepada graduan untuk memilih kerjaya keusahawan sebagai kerjaya mereka .