Monday, February 1, 2010

Warisan Generasi: Tanah yang berjasa


Disember 2009: Di penghujung musim buah berbuah, kami sekeluarga besar telah memutuskan untuk melawat kebun yang di warisi dari nenek dan datuk kami. kebun ini telah mula di terokai seawal tahun 50an.






Kebun ini terletak di banjaran yang memisahkan antara daerah Penampang dengan Daerah Papar. kedudukan Kebun ini adalah berhampiran dengan puncak banjaran tersebut. malah pada suatu kedudukan kami bole melihat panorama sekitar Kota Kinabalu dari kebun tersebut. kawasan kabun ini dikenali oleh orang kang sebagai Malapi, yang berada di laluan penduduk kangpung Sugud dan Kampung Labak suatu ketika dahulu.


disebab kan kedudukan kebun ini agak jauh dan tiada kemudahan jalan raya, maka kami perlu meredah hutan belantara dan bukit bukau. namun perjalanan menuju ke destinasi adalah suatu yang menyelonokkan dan sangat mencabar.


kebun ini bakal diwarisi oleh generasi muda dan ada diantara nya yang tidak tahu di mana kah kedudukan tanah yang bakal mereka warisi.


sesuatu yang sangat berpotensi untuk di majukan d kebun ini adalah dalam sektor pertanian dan perlancongan. namun itu bukan lah sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil ia menjadi realiti.


dari hasil kebun dan jasa kebun inilah generasi kami membesar dan berkembang. untuk menjualnya adalah jauh dari fikiran malah haram bagi nenek moyang. semiskin apa pun kita, tetapi jika kita mempunyai sebidang tanah sendiri pasti kita tidak akan mati kelaparan.

No comments:

Post a Comment