Sunday, January 31, 2010

Makan Malam bersama Team


31 Januari (Ahad) Satu jamuan makan ringkas telah diadakan di Restaurant Laguna Anjung Selere. Jamuan ini di hadiri oleh 12 orang individu yang banyak berjasa dan menjadi tulang belakang Kipouvo Homestay dibawah SIFE UMS.

Jamuan ini juga bertujuan menghargai kerjasama dan semangat setiakawan dalam menjayakan projek tersebut. Malah ramai pihak yang tidak menyedari akan jasa mereka.

namun apa yang lebih penting adalah sebauah persahabatan yang terjalin tanpa mengenal latar belakang agama dan kaum.
apa yang telah berlalu, biar kan ia belalu bersama masa dan waktu. apa yang sudah biar jadi kenangan dan pengajaran dalam hidup. semoga semua yang telah dilalui mengajar diri kita untuk menghargai setiap insan di sekeliling kita.

Thursday, January 28, 2010

Kemarin adalah kenangan, hari ini adalah berkat , lusa adalah misteri


Sekarang 2010, tanda nya tidak lama lagi pelajar sesi 2007/2008 akan meninggalkan alam pelajaran (bagi yang tidak mahu sambung). tempoh 3 tahun yang lepas banyak kenangan yang mengajar kita tentang erti sebuah perjuangan dalam kehidupan sendiri.

Namun yang pasti semua itu berlaku dan dilalui bukan berseorangan. kita dikelilingi teman-teman yang mempunyai berbagai peribadi dan perwatakan. semua itu adalah sebahagian dari hidup kita.

mereka lah yang akan mengindahkan dan juga merosakan segala yang ada. namun itu tidak boleh dielakkan oleh sesiapa pun, selagi dia menumpang di bumi yang fana ini.

apa yang pasti, kita telah diberikan segala sesuatu yang cukup dalam hidup kita, gunakan lah anugrah yang terindah itu sebagai panduan dan kekuatan untuk mengharungi hidup.

esok dan lusa, sesuatu yang belum pasti. kita mempunyai perancangan sendiri, namun itu hanya sekadar apa yang kita rancang. kita juga harus tahu apakah rancangan yang terindah oleh sang Pencipta terhadap hidup kita. yang pasti sang Pencipta telah menyediakan rancangan yang terbaik dalam hidup kita, dan terpulang lah sama ada kita mengikuti rancangan itu atau kita lari dari rancangan sang Pencipta. itu lah yang menjadi misteri dalam hidup kita, apakah rancangan itu.