Thursday, June 16, 2011

HARI GURU & KAAMATAN

27 Mei yang lalu, SK. Moyog menganjurkan Majlis Hari Guru & Pesta Kaamatan 2011 buat julung-julung kalinya. Seawal jam 7.20 pagi semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah dengan berpakaian sukan. walau bagaimanapun ada diantara guru yang memakai baju tradisi.
Aktiviti untuk sebelah pagi ialah pertandingan sukan tradisi. Antara permainan yang diada pada hari tersebut ialah Terumpak Kelapa, Lari dalam karung, Melastik dan Bowling Kelapa. Semua acara tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada guru dan murid.
Selepas acara luar, sekitar jam 10.30 pagi semua murid dan guru berkumpul dalam dewan serbaguna untuk aktiviti dalam dewan. Antara pengisian pada sesi tersebut ialah upacara perasmian, persembahan lagu kaamatan dari murid dan persembahan lagu dari guru. acara kemuncak ialah penyampaian hadiah untuk acara luar. majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Saturday, February 12, 2011

Kawan Gila Ku @ Nexus

Ha.... ini lah kawan baru saya semasa kerja di Nexus Resort Karambunai. Genap satu bulan saya kenal durang, kami orgenize mau pigi Melancong sekira Ranau la kunun. so kami pilih hari pertama tahun baru cina.

kami mula bertolak dari nexus kampus sekitar jam 7 pagi sebab si richad nokoloboi. Si suraya & Merysia Tunggu d Tuaran. tempat pertama kami berhenti di sana dekat simpang p Bundu Tuhan, saja mau p ambil gambar. ramai jug aorang time tu yang berhenti tu area. mungkin d sana lah part ambil pic yang bagus.


Sepanjang perjalanan tu kerja kami bercakap, bercerita, berteriak, bergaduh dan ada sorang tu berkentut-kentutan. nasib tak wangi.
Rasa-rasanya tak rugi berkenalan & banyak kawan baru, yang penting kita pandai menyesuaikan diri. kalau boleh kita perlu juga seimbang dalam semua hal, kalau tidak jadilah kita macam munyit sumbang. tu pun klau munyit pandai menyanyi lah.