Thursday, June 16, 2011

HARI GURU & KAAMATAN

27 Mei yang lalu, SK. Moyog menganjurkan Majlis Hari Guru & Pesta Kaamatan 2011 buat julung-julung kalinya. Seawal jam 7.20 pagi semua murid dan guru berkumpul di padang sekolah dengan berpakaian sukan. walau bagaimanapun ada diantara guru yang memakai baju tradisi.
Aktiviti untuk sebelah pagi ialah pertandingan sukan tradisi. Antara permainan yang diada pada hari tersebut ialah Terumpak Kelapa, Lari dalam karung, Melastik dan Bowling Kelapa. Semua acara tersebut mendapat sambutan yang meriah daripada guru dan murid.
Selepas acara luar, sekitar jam 10.30 pagi semua murid dan guru berkumpul dalam dewan serbaguna untuk aktiviti dalam dewan. Antara pengisian pada sesi tersebut ialah upacara perasmian, persembahan lagu kaamatan dari murid dan persembahan lagu dari guru. acara kemuncak ialah penyampaian hadiah untuk acara luar. majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Saturday, February 12, 2011

Kawan Gila Ku @ Nexus

Ha.... ini lah kawan baru saya semasa kerja di Nexus Resort Karambunai. Genap satu bulan saya kenal durang, kami orgenize mau pigi Melancong sekira Ranau la kunun. so kami pilih hari pertama tahun baru cina.

kami mula bertolak dari nexus kampus sekitar jam 7 pagi sebab si richad nokoloboi. Si suraya & Merysia Tunggu d Tuaran. tempat pertama kami berhenti di sana dekat simpang p Bundu Tuhan, saja mau p ambil gambar. ramai jug aorang time tu yang berhenti tu area. mungkin d sana lah part ambil pic yang bagus.


Sepanjang perjalanan tu kerja kami bercakap, bercerita, berteriak, bergaduh dan ada sorang tu berkentut-kentutan. nasib tak wangi.
Rasa-rasanya tak rugi berkenalan & banyak kawan baru, yang penting kita pandai menyesuaikan diri. kalau boleh kita perlu juga seimbang dalam semua hal, kalau tidak jadilah kita macam munyit sumbang. tu pun klau munyit pandai menyanyi lah.




Wednesday, February 17, 2010

Cantik yang tak perasan

Sejak akhir-akhir ini kan, saya selalu lah juga berjalan-jalan disekitar kota kinabalu dan Penampang. Bila sudah banyak berjalan banyak lah pemandangan yang saya lihat., wow... cantik juga bah Sabah ni kalau kena masanya. contoh di ODEC ja pun kadang-kadang aman jiwa sia tengok tu pantai dia... mcm buka d sabah lagi.. bole trip2 p Hawaii dah...
pic ni cantik bukan pasal camera nya.. but memang cantik pun.. jernih o.. air laut dia.. rugi ja pelajar ums buat family day jauh2.. padahal ODEC lagi cantik...
ni d ums jatinya.. klau di sekitar tempat lain pula.. mcm dlm kawasan UMS.. tunjuk skula sia la d SPE...klau di luar area kk.. part paling cantik ialah view teluk Likas time awan biru n kuat angin.. sangat2 cantik.. mcm d over sea....... laun dia biru ijau.. sangat menawan hati.. n bangunan paling slalu kena ambi pic ole pelancong d area ini ialah:ini la.. tempat slalu pelancong singgah tuk ambi pic.... saya pun kagum kadang2 dengan keindahan bangunan ni... so kesimpulan dia... sia bangga jadi urang SABAH.. Hujan emas d negeri urang, Ujan batu di negeri sendiri.. lebi baik d negeri sendiri.. kan.. kan


Monday, February 8, 2010

Seminar Keusahawanan: Meningkatkan Potensi Keusahawanan

5 March hingga 7 March bertempat di Beringgis Resort, satu seminar keusahawanan yang lebih dikenali sebagai Latihan Keusahawanan Siswa telah berlangsung denagn jayanya. Seminar ini dihadiri seramai 37 orang siswa dan siswi dari pelbagai latar belakang pengajian yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Seminar ini telah dianjurkan oleh Unit Keusahawanan HEP UMS dengan kerjasama Pusat Pembangunan Keusahawanan UMS.

Seminar ini telah diisi dengan 4 daripada 7 modul yang telah di garis kan oleh kementerian. secara umumnya, peserta didedahkan denagn konsep asas keusahawanan, menilai potensi pada diri, motivasi keusahawanan dan pendedahan mengenai penyediaan rancangan perniagaan.

Secara umumnya, seminar ini mendapat respon yang positif dan para peserta bersedia untuk meneruskan seminar siri yang kedua untuk menghabiskan modul 5 hingga modul 7. antara penceramah yang turut hadir untuk menjayakan seminar ini ialah, Pn Merlyn Rita Buncha, Pn. Suraya Nasip, Pn. Ramraini, Pn salmah Topimin dan Dr. Mat Salleh Hj Ayub.

Kejayaan seminar ini juga ditunjangi oleh Cik. Nelly Anjum dan Pn Rohani Haidi selaku pegawai Hal Ehwal Pelajar yang ditugaskan.

Diharapkan program sebegini terus mendapat perhatian dari semua pihak sama ada pelajar, pensyarah mahu pun pihak pentadbir UMS. usaha sedemikian rupa dapat membatu paar graduan untuk menempuh masa depan meraka dengan lebih mudah dengan adanya pengetahuan asas tentang keusahawanan. memandangkan kadar pengangguran yang pernah dilaporkan mencecah 300 000 000 orang. seminar sebegini mampu memberi sedikit sinar kepada graduan untuk memilih kerjaya keusahawan sebagai kerjaya mereka .

Monday, February 1, 2010

Warisan Generasi: Tanah yang berjasa


Disember 2009: Di penghujung musim buah berbuah, kami sekeluarga besar telah memutuskan untuk melawat kebun yang di warisi dari nenek dan datuk kami. kebun ini telah mula di terokai seawal tahun 50an.






Kebun ini terletak di banjaran yang memisahkan antara daerah Penampang dengan Daerah Papar. kedudukan Kebun ini adalah berhampiran dengan puncak banjaran tersebut. malah pada suatu kedudukan kami bole melihat panorama sekitar Kota Kinabalu dari kebun tersebut. kawasan kabun ini dikenali oleh orang kang sebagai Malapi, yang berada di laluan penduduk kangpung Sugud dan Kampung Labak suatu ketika dahulu.


disebab kan kedudukan kebun ini agak jauh dan tiada kemudahan jalan raya, maka kami perlu meredah hutan belantara dan bukit bukau. namun perjalanan menuju ke destinasi adalah suatu yang menyelonokkan dan sangat mencabar.


kebun ini bakal diwarisi oleh generasi muda dan ada diantara nya yang tidak tahu di mana kah kedudukan tanah yang bakal mereka warisi.


sesuatu yang sangat berpotensi untuk di majukan d kebun ini adalah dalam sektor pertanian dan perlancongan. namun itu bukan lah sesuatu yang mudah tapi tidak mustahil ia menjadi realiti.


dari hasil kebun dan jasa kebun inilah generasi kami membesar dan berkembang. untuk menjualnya adalah jauh dari fikiran malah haram bagi nenek moyang. semiskin apa pun kita, tetapi jika kita mempunyai sebidang tanah sendiri pasti kita tidak akan mati kelaparan.

Sunday, January 31, 2010

Makan Malam bersama Team


31 Januari (Ahad) Satu jamuan makan ringkas telah diadakan di Restaurant Laguna Anjung Selere. Jamuan ini di hadiri oleh 12 orang individu yang banyak berjasa dan menjadi tulang belakang Kipouvo Homestay dibawah SIFE UMS.

Jamuan ini juga bertujuan menghargai kerjasama dan semangat setiakawan dalam menjayakan projek tersebut. Malah ramai pihak yang tidak menyedari akan jasa mereka.

namun apa yang lebih penting adalah sebauah persahabatan yang terjalin tanpa mengenal latar belakang agama dan kaum.
apa yang telah berlalu, biar kan ia belalu bersama masa dan waktu. apa yang sudah biar jadi kenangan dan pengajaran dalam hidup. semoga semua yang telah dilalui mengajar diri kita untuk menghargai setiap insan di sekeliling kita.

Thursday, January 28, 2010

Kemarin adalah kenangan, hari ini adalah berkat , lusa adalah misteri


Sekarang 2010, tanda nya tidak lama lagi pelajar sesi 2007/2008 akan meninggalkan alam pelajaran (bagi yang tidak mahu sambung). tempoh 3 tahun yang lepas banyak kenangan yang mengajar kita tentang erti sebuah perjuangan dalam kehidupan sendiri.

Namun yang pasti semua itu berlaku dan dilalui bukan berseorangan. kita dikelilingi teman-teman yang mempunyai berbagai peribadi dan perwatakan. semua itu adalah sebahagian dari hidup kita.

mereka lah yang akan mengindahkan dan juga merosakan segala yang ada. namun itu tidak boleh dielakkan oleh sesiapa pun, selagi dia menumpang di bumi yang fana ini.

apa yang pasti, kita telah diberikan segala sesuatu yang cukup dalam hidup kita, gunakan lah anugrah yang terindah itu sebagai panduan dan kekuatan untuk mengharungi hidup.

esok dan lusa, sesuatu yang belum pasti. kita mempunyai perancangan sendiri, namun itu hanya sekadar apa yang kita rancang. kita juga harus tahu apakah rancangan yang terindah oleh sang Pencipta terhadap hidup kita. yang pasti sang Pencipta telah menyediakan rancangan yang terbaik dalam hidup kita, dan terpulang lah sama ada kita mengikuti rancangan itu atau kita lari dari rancangan sang Pencipta. itu lah yang menjadi misteri dalam hidup kita, apakah rancangan itu.